Tuesday, July 14, 2009

Ayam Masak Lemak Cili Padi


I've been busy with classes and stuff, but I managed to learn a new menu from mama. And it is obviously a traditional Malay food, which is masak lemak cili padi ;)

First time saya belajar masak, memang tak berapa menjadi. Saya pakai ikan kembung. Kuah jadi masin sikit and my friend thought i added belimbing masam. Padahal asam keping, tu pun setengah je. huhu.. Nak masak tak susah, barang nak pakai pun tak banyak. So here it is...

Hidangan Untuk 6 Orang

Bahan-bahan:
  1. 2 Genggam Cili Api/ Cili Padi (Blend dengan sedikit air)
  2. 3/4 Batang Cili Merah (Blend sekali dengan cili api)
  3. 3/4 Batang Serai
  4. Setengah keping Asam Keping
  5. 2 Cawan Santan
  6. 3 Cawan Air
  7. Setengah Cawan Susu Cair (Kalau kuah tak cukup pekat)
  8. Serbuk Kunyit (Terpulang nak pakai berapa banyak)
  9. Daun Kunyit (Sama seperti di atas)
  10. Garam
  11. Ajinomoto (Sikit je.. Kalau boleh setengah sudu KFC tu je.)
  12. Ayam seekor dipotong 8
  13. Ubi Kentang (beberapa biji) dipotong 4
Cara-cara memasak:
  1. Masukkan Santan, Cili yang telah dikisar, Serai, Asam Keping, dan Air ke dalam periuk. Hidupkan api.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan daun kunyit jugak. (Ikut korang la nak pekat macam mana kaler dia. hehe)
  3. Tunggu sampai menggelegak. Masukkan Garam (Cuba 3/4 sudu KFC dulu), dan aji tadi. Kalau rasa tawar, tambah lagi garam. Aji tak payah. Tambahkan Susu Cair sebagai pengganti (Kalau santan tak cukup) kalau kuah kurang lemak.
  4. Kalau dah rasa sebati, baru masukkan potongan Ayam tadi.
  5. Tunggu sehingga masak. Masukkan kentang pulak. Kita masukkan kentang akhir sekali sebab kalau masak lama-lama nanti lembik/lembut sangat. So masukkan masa last-last sekali. Tunggu sampai menggelegak. Tutup api.
  6. Kalau nak lengkap, masakkan Tauge Goreng ataua apa-apa sayur yang korang suka.
Siap. Senang kan? Cuba la. :)


p/s: I have decided to use 'I' only when speak in English in this blog. Kalau cakap bahasa Melayu guna 'saya' or 'Neera' okay? ;)

Friday, June 19, 2009

New Recipe - Ayam Tepung 3 Rasa ;)

Ayam Tepung 3 Rasa

Hello fellas, I’ve started to cook back. So that’s good news isn’t it? I’m rescheduling. I got lot of things to do for myself now; I had enough putting other as my priority.


So let’s continue! Well.. I cooked Ayam Tepung 3 Rasa. Sounds nice right? Yea just like it taste. ;p


This is one of my sis’ favorite foods. Rasa macam nuggets with sweet sour sauce. This is just a ‘Trial and Error’. Haha. Tiada dalam menu kedai Neera. Sorry la but to be a daughter of a restaurant owner since the past 26 years, sangat la bosan makan menu yang sama okey? Bukan la tak bersyukur, just wanna try something new.


So here’s the recipe.


Hidangan untuk Seorang / Serve for 1

  1. Potongan Ayam / Chicken cubes (Chop it into cube)
  2. Tepung Gogi / Gogi flour (You can get it from any supermarket)
  3. Sebiji Telur / An Egg
  4. Minyak Masak / Cooking Oil
  5. Sepotong Nenas / A slice of Pineapple (Chop it into cube too)
  6. Hirisan Bawang Putih, Bawang Besar, Cili Merah, Cili Api / Slices of Garlic, Onion, Red Chili, Cayenne
  7. 2 sudu besar Sos Cili / 2 spoon of Chili sauce
  8. 1 sudu besar Sos Tomato / 1 spoon of tomato ketchup
  9. Secawan Air / A cup of water
  10. 1 sudu kecil garam / 1 tbsp of salt
  11. 4 sudu kecil Gula / 4 tbsp of sugars
  12. Sedikit Aji / 1 tbsp of aji (option)

  • Mula-mula sekali, masukkan potongan ayam tadi ke dalam mangkuk. Pukul telur dengan sedikit tepung Gogi dan sedikit kunyit. Sedikit air kalau perlu.
  • Panaskan minyak (Letak minyak lebih sedikit, kalau boleh biar ayam tadi tenggelam). Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Goreng. (Kalau dah kekuningan, angkat dan tapis.)

  • Sekarang masak kuah plak. Hanya sedikit minyak diperlukan. Masukkan 2 biji bawang putih bersama-sama dengan hirisan nenas tadi. Biarkan nenas masak (Tunggu bau harum dia keluar. Api biar perlahan.)
  • Kemudian masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Bawang Besar, Cili Merah, Cili Api, dan Secawan Air. Biarkan masak. Perlahankan sedikit api.
  • Masukkan 1 sudu kecil garam, 4 sudu kecil gula, sedikit aji, dan biarkan masak.

  • Dah masak, tutup api. Gaulkan Ayam Tepung tadi dengan kuah yang siap dimasak.

Siap!


Next time I'll cook something different okey? Need to find the mood. ;)


Ayam Tepung

Friday, January 23, 2009

Akhirnya... Fettuccine Carbonara! ;)

Finally... i made it! This is my second trial, I took a few days to figure out other ways to make the sauce.



Korang tau x.. Percubaan yang pertama, I tak masak pun kuah dia! Mengikut buku resepi tu, cara nak buat kuah dia hanya gaulkan Telur, Light Creme, Ground Black Pepper and Salt. Kemudian masukkan sekali Sosej/Bacon yang telah dimasak, Parmesan Cheese, bersama Fettuccine yang telah ditos. Gaulkan je!


Sebenarnya, I agak ralat nak makan telur yang tak masak. Sebab end up kalau dibiarkan sekejap pun dah mendatangkan sedikit bau hanyir. Kalau I goreng/masak dengan Sosej kuah tuh, nanti dia jadi Scrambled Egg. haha. I lupa la westerner jarang buat goreng-goreng nih.

So puas la difikir.. At last I tanya papa macam mana nak gantikan telur tu dan jadikan kuah tu masak. Papa bagi idea, gunakan cara yang sama untuk buat Mushroom Soup. Not the instant ones, but the original ones.
Dan ianya berjaya! Thanks Papa. ;)


Lets start with the ingredients:
  • Fettuccine
  • 1 tbsp freshly grated Parmesan Cheese
  • 1 cup Evaporated Milk (Susu Cair)
  • 1 cup Water (for sauce)
  • 1 tbsp Whipping Creme/Light Creme
  • 1 tbsp Tepung Beras
  • 1 tbsp Tepung Jagung
  • Hirisan Sosej/Halal Bacon
  • Olive Oil
  • Salt
  • Ground Black Pepper
  • Italian Leaves/Oregamo Leaves (option)
(I've started to follow an accurate measurement (US), based on the book. 1 Cup=250 ml, 1 tbsp=15ml, 1tsp=5ml.)

Directions:
  1. Panaskan air ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam. Bila air dah menggelegak, masukkan Fettuccine (Fettucine mengambil sedikit masa untuk masak berbanding spaghetti.). Toskan.
  2. Untuk memasak sosej/bacon, masukkan sedikit Olive Oil ke dalam kuali. Kemudian goreng. (Olive Oil beri rasa yang berbeza dengan minyak masak. Sedap ;D). Biarkan setelah masak.
  3. Panaskan 1 cup air ke dalam kuali (lain), sambil tu gaulkan 1 tbsp Tepung Beras dan 1 tbsp Tepung Jagung dengan air sejuk. Api jangan biar besar sangat.
  4. Bila air dah menggelegak, masukkan acuan tadi, kacau perlahan-lahan. Perlahankan api. Masukkan 1 cup Susu Cair, 1 tbsp Whipping Creme or Light Creme (Acuan mungkin bertukar sedikit berketul, terus kacau.)
  5. Masukkan 0.5 tbsp Parmesan Cheese ke dalam kuali. Taburkan sedikit Ground Black Pepper dan Garam. Terus kacau, sampai kuah jadi pekat. (Korang rasa la dulu, kalau rasa nak lebihkan apa-apa, such as Salt/Pepper/Cheese, letak je.)
  6. Bila kuah dah siap, tuangkan ke dalam kuali Sosej, sekali dengan Fettucine. Gaulkan. Taburkan 0.5 tbsp Parmesan Cheese ke atas hidangan.Taburkan juga Italian Leaves/Oregamo Leaves kalau korang nak.

It is ready to be served! hehe


Nak beli bahan-bahan dia.. quite expensive. Tapi nak buat Carbonara, tak banyak pakai sangat. So still can be use for other time.

Tak faham tanya eh? Good luck! ;)

p/s: Sorry gambar tak cun sangat. Bateri kamera habis. Guna phone jek. :(
















Friday, January 16, 2009

1 Spaghetti Bolognese with Melted Cheese, Please!

Hey, I'm back! Today we will learn how to cook Spaghetti Bolognese with Melted Cheese, okay? For me this is just like an instant cooking. Campak je semua dalam kuali. hehe
With only RM30.00, you can serves up to 6 people!






Bahan-Bahan yang perlu ada:
  • Tomato Puree Sauce / Sos Tomato Puri (Brand apa pun boleh, tapi saya guna ayam brand, 1 Besar 1 Kecil)
  • 1 Tin Cedawan Butang (Dibahagi 4)
  • 1 Cili Bulat (Dipotong petak-petak kecil)
  • 4 Keping Daging Burger (Cincang. Pakai daging cincang pun okay kot.)
  • Ceddar Cheese @ Mozarella Cheese (Mana-mana pun boleh)
  • 1 Pek Spaghetti / Angel Hair Spaghetti / Macaroni ( Beli je mana ikut suka)
  • 2 Sudu besar Garam
  • 8-10 Sudu besar Gula
  • 8 Sudu besar Sos Tomato
  • 2 Biji Bawang Merah (Hiris)
  • 2 Biji Bawang Putih (Hiris)
  • Air (Mengikut sukatan 1 tin besar dan 1 tin kecil Tomato Puree tadi)
Cara-cara memasak:

Spaghetti
  1. Rebus Spaghetti dulu. Biar air menggelegak dulu, tuangkankan sedikit minyak supaya spaghetti tu nanti tak melekat antara satu sama lain.
  2. Masukkan spaghetti bila dah menggelagak. Biarkan.
  3. Untuk Angel Hair Spaghetti, 5-8 minit dah cukup untuk masak.
  4. Toskan.
Bolognese Sauce
  1. Hiris 2 Bawang Merah dan 2 Biji Bawang Putih, tumis.
  2. Masukkan 4 Daging yang telah dicincang halus. Kacau sedikit.
  3. Agak-agak dah separuh masak, masukkan 1 tin besar dan 1 tin kecil Tomato Puri.
  4. Masukkan air ke dalam kuali. Sukat air mengikut 1 tin besar dan 1 tin kecil tomato Puri itu tadi.
  5. Masukkan 8 sudu besar sos tomato.
  6. Masukkan 2 sudu besar Garam dan 8-10 sudu besar Gula. (Agak-agak la. Terpulang kat korang)
  7. Kacau. (Kalau rasa perlu diedit korang imbangkan Garam dan Gula tu tadi. Tu je.)
  8. Masukkan potongan Cendawan Butang dan Cili Bulat tadi ke dalam kuali. (Cendawan dengan Cili masukkan last-last tau. Sebab item-item tu paling cepat masak.)
  9. Kuah settled.
Serves:
  1. Masukkan Spaghetti ke ,dalam mangkuk.
  2. Tuang Bolognese Sauce.
  3. Kalau nak rajin lagi, letak la Cheddar Cheese or Mozarella Cheese. Masa tengah panas tu die akan cair sendiri. Nyam Nyam!
Siap! heee

Ada siapa-siapa tak faham lagi?

Try la... sangat best. ;)
Sebenarnya saya tersalah beli spaghetti, terbeli Angel Hair Spaghetti. Patut la tak kembang-kembang bila aku masak! ahaha
But lucky me all my siblings preferred Angel Hair tuh. Dorang memang suka yang tuh.
Tomorrow my eldest sis will be home, dia nak rasa so I will keep some for her.
Dia la yang ajar, credits for her ;)

Try yeh? then leave some comments! Good Luck! ;D

**mat mimpi, yang ni hang bley buat pakai Rona Roni Macaroni jugak. Hang try la. Tak try siap hang. ;p










Tuesday, January 13, 2009

Tomyam Marii!


Okay, hari ni saya nak ajar bagaimana nak masak tomyam yang sedap. ;D




Bahan-bahan yang perlu ada:
  • Air
  • Bawang Besar dihiris halus
  • Tomato dipotong 4
  • Serai 1 batang
  • Cili Api ditumbuk kasar
  • Helaian Daun Limau (Tiada dalam gambar)
  • Kobis Bunga (option)
  • Cendawan (option)
  • Daun Ketumbar
  • Lauk pauk seperti Ayam, Daging, Udang, dan Sotong
  • Perahan Limau Nipis
  • Pati Tomyam (Boleh dapat kat mana-mana. Paket yang bertulisan Thailand berBackground merah paling sedap. ;))
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (option)
Cara-cara memasak (untuk seorang makan):
  1. Mula-mula masukkan 2.5 senduk besar air ke dalam kuali. (Pastikan anda hidupkan api. haha)
  2. Masukkan sayur-sayuran seperti 2 hirisan Tomato, Hirisan Bawang, Serai, Cili Api, Kobis Bunga (terpulang korang nak letak ke tak, sayur lain pun takpe), dan Daun Limau ke dalam kuali. Jangan masukkan cendawan ke dalam kuali, nanti lembut sangat. Sediakan cendawan yang dikoyak halus ke dalam mangkuk hidangan.
  3. Tunggu sehingga Tomato masak. (Nak tau masak ke tak, kulit Tomato dah mula tertanggal)
  4. Kemudian, gunakan sudu bersaiz kecil (sudu KFC pun boleh), masukkan 2.5 Garam, 2.5 Gula, secubit Ajinomoto (option), satu sudu Pati Tomyam (nak letak lebih pun boleh, ikut kepekatan yang korang suka), Perahan Limau nipis lebih daripada setengah sudu besar, kacau kuali dan dibiarkan masak. (Garam dan gula jangan biarkan merata dalam sudu KFC tuh, biar bergunung sikit.)
  5. Lebih kurang selepas 10 saat, masukkan lauk pauk tadi. Kacau dan biarkan lauk masak. (Tapi jangan lama sangat, nanti rasa lauk tu hilang). Agak-agak dah masak, tutup api.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Siap! haha senang kan?

Anak-anak murid.. Siapa tak faham lagi? Gambar-gambar di bawah menunjukkan hidangan untuk seorang (Daun Limau tiada dalam gambar). Sebenarnya, kalau nak letak garam dan gula, terpulang berapa banyak korang letak berapa senduk air dalam kuali. Kalau 3 senduk air, 3 sudu garam 3 sudu gula la. Kalau 4 senduk, 4 sudu garam 4 sudu gula la. Senang. ;D

Dikala saya siap menulis resipi ini, saya dah pun kekenyangan. blurp. hee