Friday, January 23, 2009

Akhirnya... Fettuccine Carbonara! ;)

Finally... i made it! This is my second trial, I took a few days to figure out other ways to make the sauce.



Korang tau x.. Percubaan yang pertama, I tak masak pun kuah dia! Mengikut buku resepi tu, cara nak buat kuah dia hanya gaulkan Telur, Light Creme, Ground Black Pepper and Salt. Kemudian masukkan sekali Sosej/Bacon yang telah dimasak, Parmesan Cheese, bersama Fettuccine yang telah ditos. Gaulkan je!


Sebenarnya, I agak ralat nak makan telur yang tak masak. Sebab end up kalau dibiarkan sekejap pun dah mendatangkan sedikit bau hanyir. Kalau I goreng/masak dengan Sosej kuah tuh, nanti dia jadi Scrambled Egg. haha. I lupa la westerner jarang buat goreng-goreng nih.

So puas la difikir.. At last I tanya papa macam mana nak gantikan telur tu dan jadikan kuah tu masak. Papa bagi idea, gunakan cara yang sama untuk buat Mushroom Soup. Not the instant ones, but the original ones.
Dan ianya berjaya! Thanks Papa. ;)


Lets start with the ingredients:
  • Fettuccine
  • 1 tbsp freshly grated Parmesan Cheese
  • 1 cup Evaporated Milk (Susu Cair)
  • 1 cup Water (for sauce)
  • 1 tbsp Whipping Creme/Light Creme
  • 1 tbsp Tepung Beras
  • 1 tbsp Tepung Jagung
  • Hirisan Sosej/Halal Bacon
  • Olive Oil
  • Salt
  • Ground Black Pepper
  • Italian Leaves/Oregamo Leaves (option)
(I've started to follow an accurate measurement (US), based on the book. 1 Cup=250 ml, 1 tbsp=15ml, 1tsp=5ml.)

Directions:
  1. Panaskan air ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam. Bila air dah menggelegak, masukkan Fettuccine (Fettucine mengambil sedikit masa untuk masak berbanding spaghetti.). Toskan.
  2. Untuk memasak sosej/bacon, masukkan sedikit Olive Oil ke dalam kuali. Kemudian goreng. (Olive Oil beri rasa yang berbeza dengan minyak masak. Sedap ;D). Biarkan setelah masak.
  3. Panaskan 1 cup air ke dalam kuali (lain), sambil tu gaulkan 1 tbsp Tepung Beras dan 1 tbsp Tepung Jagung dengan air sejuk. Api jangan biar besar sangat.
  4. Bila air dah menggelegak, masukkan acuan tadi, kacau perlahan-lahan. Perlahankan api. Masukkan 1 cup Susu Cair, 1 tbsp Whipping Creme or Light Creme (Acuan mungkin bertukar sedikit berketul, terus kacau.)
  5. Masukkan 0.5 tbsp Parmesan Cheese ke dalam kuali. Taburkan sedikit Ground Black Pepper dan Garam. Terus kacau, sampai kuah jadi pekat. (Korang rasa la dulu, kalau rasa nak lebihkan apa-apa, such as Salt/Pepper/Cheese, letak je.)
  6. Bila kuah dah siap, tuangkan ke dalam kuali Sosej, sekali dengan Fettucine. Gaulkan. Taburkan 0.5 tbsp Parmesan Cheese ke atas hidangan.Taburkan juga Italian Leaves/Oregamo Leaves kalau korang nak.

It is ready to be served! hehe


Nak beli bahan-bahan dia.. quite expensive. Tapi nak buat Carbonara, tak banyak pakai sangat. So still can be use for other time.

Tak faham tanya eh? Good luck! ;)

p/s: Sorry gambar tak cun sangat. Bateri kamera habis. Guna phone jek. :(
















Friday, January 16, 2009

1 Spaghetti Bolognese with Melted Cheese, Please!

Hey, I'm back! Today we will learn how to cook Spaghetti Bolognese with Melted Cheese, okay? For me this is just like an instant cooking. Campak je semua dalam kuali. hehe
With only RM30.00, you can serves up to 6 people!






Bahan-Bahan yang perlu ada:
  • Tomato Puree Sauce / Sos Tomato Puri (Brand apa pun boleh, tapi saya guna ayam brand, 1 Besar 1 Kecil)
  • 1 Tin Cedawan Butang (Dibahagi 4)
  • 1 Cili Bulat (Dipotong petak-petak kecil)
  • 4 Keping Daging Burger (Cincang. Pakai daging cincang pun okay kot.)
  • Ceddar Cheese @ Mozarella Cheese (Mana-mana pun boleh)
  • 1 Pek Spaghetti / Angel Hair Spaghetti / Macaroni ( Beli je mana ikut suka)
  • 2 Sudu besar Garam
  • 8-10 Sudu besar Gula
  • 8 Sudu besar Sos Tomato
  • 2 Biji Bawang Merah (Hiris)
  • 2 Biji Bawang Putih (Hiris)
  • Air (Mengikut sukatan 1 tin besar dan 1 tin kecil Tomato Puree tadi)
Cara-cara memasak:

Spaghetti
  1. Rebus Spaghetti dulu. Biar air menggelegak dulu, tuangkankan sedikit minyak supaya spaghetti tu nanti tak melekat antara satu sama lain.
  2. Masukkan spaghetti bila dah menggelagak. Biarkan.
  3. Untuk Angel Hair Spaghetti, 5-8 minit dah cukup untuk masak.
  4. Toskan.
Bolognese Sauce
  1. Hiris 2 Bawang Merah dan 2 Biji Bawang Putih, tumis.
  2. Masukkan 4 Daging yang telah dicincang halus. Kacau sedikit.
  3. Agak-agak dah separuh masak, masukkan 1 tin besar dan 1 tin kecil Tomato Puri.
  4. Masukkan air ke dalam kuali. Sukat air mengikut 1 tin besar dan 1 tin kecil tomato Puri itu tadi.
  5. Masukkan 8 sudu besar sos tomato.
  6. Masukkan 2 sudu besar Garam dan 8-10 sudu besar Gula. (Agak-agak la. Terpulang kat korang)
  7. Kacau. (Kalau rasa perlu diedit korang imbangkan Garam dan Gula tu tadi. Tu je.)
  8. Masukkan potongan Cendawan Butang dan Cili Bulat tadi ke dalam kuali. (Cendawan dengan Cili masukkan last-last tau. Sebab item-item tu paling cepat masak.)
  9. Kuah settled.
Serves:
  1. Masukkan Spaghetti ke ,dalam mangkuk.
  2. Tuang Bolognese Sauce.
  3. Kalau nak rajin lagi, letak la Cheddar Cheese or Mozarella Cheese. Masa tengah panas tu die akan cair sendiri. Nyam Nyam!
Siap! heee

Ada siapa-siapa tak faham lagi?

Try la... sangat best. ;)
Sebenarnya saya tersalah beli spaghetti, terbeli Angel Hair Spaghetti. Patut la tak kembang-kembang bila aku masak! ahaha
But lucky me all my siblings preferred Angel Hair tuh. Dorang memang suka yang tuh.
Tomorrow my eldest sis will be home, dia nak rasa so I will keep some for her.
Dia la yang ajar, credits for her ;)

Try yeh? then leave some comments! Good Luck! ;D

**mat mimpi, yang ni hang bley buat pakai Rona Roni Macaroni jugak. Hang try la. Tak try siap hang. ;p










Tuesday, January 13, 2009

Tomyam Marii!


Okay, hari ni saya nak ajar bagaimana nak masak tomyam yang sedap. ;D




Bahan-bahan yang perlu ada:
  • Air
  • Bawang Besar dihiris halus
  • Tomato dipotong 4
  • Serai 1 batang
  • Cili Api ditumbuk kasar
  • Helaian Daun Limau (Tiada dalam gambar)
  • Kobis Bunga (option)
  • Cendawan (option)
  • Daun Ketumbar
  • Lauk pauk seperti Ayam, Daging, Udang, dan Sotong
  • Perahan Limau Nipis
  • Pati Tomyam (Boleh dapat kat mana-mana. Paket yang bertulisan Thailand berBackground merah paling sedap. ;))
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (option)
Cara-cara memasak (untuk seorang makan):
  1. Mula-mula masukkan 2.5 senduk besar air ke dalam kuali. (Pastikan anda hidupkan api. haha)
  2. Masukkan sayur-sayuran seperti 2 hirisan Tomato, Hirisan Bawang, Serai, Cili Api, Kobis Bunga (terpulang korang nak letak ke tak, sayur lain pun takpe), dan Daun Limau ke dalam kuali. Jangan masukkan cendawan ke dalam kuali, nanti lembut sangat. Sediakan cendawan yang dikoyak halus ke dalam mangkuk hidangan.
  3. Tunggu sehingga Tomato masak. (Nak tau masak ke tak, kulit Tomato dah mula tertanggal)
  4. Kemudian, gunakan sudu bersaiz kecil (sudu KFC pun boleh), masukkan 2.5 Garam, 2.5 Gula, secubit Ajinomoto (option), satu sudu Pati Tomyam (nak letak lebih pun boleh, ikut kepekatan yang korang suka), Perahan Limau nipis lebih daripada setengah sudu besar, kacau kuali dan dibiarkan masak. (Garam dan gula jangan biarkan merata dalam sudu KFC tuh, biar bergunung sikit.)
  5. Lebih kurang selepas 10 saat, masukkan lauk pauk tadi. Kacau dan biarkan lauk masak. (Tapi jangan lama sangat, nanti rasa lauk tu hilang). Agak-agak dah masak, tutup api.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Siap! haha senang kan?

Anak-anak murid.. Siapa tak faham lagi? Gambar-gambar di bawah menunjukkan hidangan untuk seorang (Daun Limau tiada dalam gambar). Sebenarnya, kalau nak letak garam dan gula, terpulang berapa banyak korang letak berapa senduk air dalam kuali. Kalau 3 senduk air, 3 sudu garam 3 sudu gula la. Kalau 4 senduk, 4 sudu garam 4 sudu gula la. Senang. ;D

Dikala saya siap menulis resipi ini, saya dah pun kekenyangan. blurp. hee