Tuesday, February 2, 2010

From Neera's Kitchen: Simple Recipe of Prawn Olio E Aglio ;)

Ok guys, kali ni menu simple jea. Tapi sedap! hehe. Dah lama kan I tak share recipe? So here it is, Prawn Olio e Aglio. Semua orang mesti pernah makan Olio kan? Either with Parmesan Cheese or not, or with prawn or not. So kali ni, I buat cara I. Anyway, next recipe could be Ayam Kapitan. Mama dah ajar. Kita beralih ke masakan Melayu pulak. ;)

Introducing... Prawn Olio E Aglio!

Photobucket


Sayur-sayur tu eksen je. Hehehe.

Ok here's the ingredients:
  1. Spaghetti
  2. Extra Virgin Olive Oil (Tak sama dengan Olive Oil)
  3. 3 Ulas Bawang Putih yang dicincang halus
  4. Parsley Leaves /Flakes
  5. Chilli Flakes (Kalau nak pedas)
  6. Black Pepper (Ground)
  7. Garam Halus
  8. Kacang Buncis
  9. Broccoli
  10. Parmesan Cheese
  11. Udang Mentah
Cara-cara Memasak:
  • Macam biasa, masak air jarang bercampur garam halus di dalam periuk. Bila air dah menggelegak, masukkan Spaghetti. Tunggu hingga masak, toskan.
  • Kukus Kacang Buncit dan Broccoli yang telah dipotong kecil.
  • Kemudian, panaskan kuali, curahkan Extra Virgin Olive Oil (kuantiti yang sedang-sedang) diikuti dengan Bawang Putih yang telah dicincang halus tadi bersama Udang. Taburkan sedikit garam dan tumis. Bawang putih tadi jangan dibiarkan hangus. Cukup sekadar kekuningan dan Udang tidak garing.
  • Selepas itu, perlahankan api, masukkan Spaghetti yang telah ditoskan tadi dan gaul. Kemudian, taburkan Parsley Leaves/Flakes, diikuti dengan Ground Black Pepper dan Garam. Jangan risau untuk taburkan lebih Parsley dan Ground Black Pepper. Ikut selera. Manakala garam pula secukup rasa.
  • Kalau nak pedas, tabur pula Chilli Flakes. Boleh juga dijadikan sebagai pengganti Ground Black Pepper yang ditabur tadi.
  • Padamkan api. Taburkan Parmesan Cheese secukupnya. Akan nampak sedikit perubahan pada Spaghetti tersebut; menarik dan lebih sedap.
  • Pindahkan Spaghetti tadi ke atas pinggan, diikuti dengan Kacang Buncis dan Broccoli yang telah dikukus tadi.
  • Kemudian, taburkan sedikit lagi Parmesan Cheese ke atas Spaghetti sebagai gubahan terakhir.
  • Siap!
Extra Pictures:




Sorry gambar tak banyak sangat. Sedang menunggu Kodak Zi8. InsyaAllah gambar lagi banyak dan cun!

Extra Note: Kalau rajin, masakla Mash Potato. I try dah cari dekat supermarket, tak jumpa plak. Maybe next time.

Masak-memasak ni boleh je nak ikut resepi. Tapi, akhirnya nanti kita akan masak mengikut hati dan deria rasa kita. Asal sedap bagi kita cukupla. Tapi kalau sedap untuk orang lain lagi bagus! Kalau ada bahagian yang tak cukup, tambahkan. Belajar perlahan-lahan. Nanti kalau dah master bestla sebab dah tau apa yang terkurang atau terlebih dalam masakan.

Selamat mencuba! =)

**Credit to Izzat for the additional Chilli Flakes. Untuk resepi-resepi lain, sila lihat kiri. And more coming soon!

3 comments:

Unknown said...

alaaa suka bagi i lapar T__T

Unknown said...

i would want to marry you NOW! hahahahah

Neera Ramdzan said...

shee: memang! hehehe. nanti i masakkan untuk korang dua and nunue! ;)

elynn: I wanna marry you too darla! ;p