Tuesday, January 13, 2009

Tomyam Marii!


Okay, hari ni saya nak ajar bagaimana nak masak tomyam yang sedap. ;D




Bahan-bahan yang perlu ada:
  • Air
  • Bawang Besar dihiris halus
  • Tomato dipotong 4
  • Serai 1 batang
  • Cili Api ditumbuk kasar
  • Helaian Daun Limau (Tiada dalam gambar)
  • Kobis Bunga (option)
  • Cendawan (option)
  • Daun Ketumbar
  • Lauk pauk seperti Ayam, Daging, Udang, dan Sotong
  • Perahan Limau Nipis
  • Pati Tomyam (Boleh dapat kat mana-mana. Paket yang bertulisan Thailand berBackground merah paling sedap. ;))
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (option)
Cara-cara memasak (untuk seorang makan):
  1. Mula-mula masukkan 2.5 senduk besar air ke dalam kuali. (Pastikan anda hidupkan api. haha)
  2. Masukkan sayur-sayuran seperti 2 hirisan Tomato, Hirisan Bawang, Serai, Cili Api, Kobis Bunga (terpulang korang nak letak ke tak, sayur lain pun takpe), dan Daun Limau ke dalam kuali. Jangan masukkan cendawan ke dalam kuali, nanti lembut sangat. Sediakan cendawan yang dikoyak halus ke dalam mangkuk hidangan.
  3. Tunggu sehingga Tomato masak. (Nak tau masak ke tak, kulit Tomato dah mula tertanggal)
  4. Kemudian, gunakan sudu bersaiz kecil (sudu KFC pun boleh), masukkan 2.5 Garam, 2.5 Gula, secubit Ajinomoto (option), satu sudu Pati Tomyam (nak letak lebih pun boleh, ikut kepekatan yang korang suka), Perahan Limau nipis lebih daripada setengah sudu besar, kacau kuali dan dibiarkan masak. (Garam dan gula jangan biarkan merata dalam sudu KFC tuh, biar bergunung sikit.)
  5. Lebih kurang selepas 10 saat, masukkan lauk pauk tadi. Kacau dan biarkan lauk masak. (Tapi jangan lama sangat, nanti rasa lauk tu hilang). Agak-agak dah masak, tutup api.
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk hidangan. Hiaskan dengan daun ketumbar.
Siap! haha senang kan?

Anak-anak murid.. Siapa tak faham lagi? Gambar-gambar di bawah menunjukkan hidangan untuk seorang (Daun Limau tiada dalam gambar). Sebenarnya, kalau nak letak garam dan gula, terpulang berapa banyak korang letak berapa senduk air dalam kuali. Kalau 3 senduk air, 3 sudu garam 3 sudu gula la. Kalau 4 senduk, 4 sudu garam 4 sudu gula la. Senang. ;D

Dikala saya siap menulis resipi ini, saya dah pun kekenyangan. blurp. hee








16 comments:

Aiza Aidid said...

waaaa.. trer r wak!!!
leh jd chef cmni.. :)

Neera Ramdzan said...

nampak sedap, kan kan kan kan??

haha

try la ;D

AieSha said...

ish ish ish. anak sapa la ni... bagoih buat bini ni. ;>

AieSha said...

ish ish.. anak sapa lani. bagoih buat bini ni. ;>

Neera Ramdzan said...

la... la ni baru hang tau? haha

cuba la. kalau tak penat je tangan nih taip resipi. hehe

adamLUBA said...

oh oh! tom yam!
my feveret...alalalla..
perhh...tetiba terasa masam limau purut, fuhh...nyum nyum!

baikk! so klu hujung minggu ni sayep tak kena datang opis..sayep try resepi ni..xsedap siap kamoh

Unknown said...

woah. hebat die memasak. nyum nyum. nnt da abes blaja kite duk seumah eh? nnt i bole gemok. hhehe :p

Neera Ramdzan said...

adam: sedappp la... tak tipu! ;p
tapi kan.. tak tau nape kali ni punye sedap sangat..
huhuhuhu

k kalau turun kl lagi i masak untuk you punye la! *wink!

shee: boley boley boley... I akan masak ape je bagi you gemok! ;p

Anonymous said...

alrite...so that the promise! keep that in mind..shee, if i forgot..remind me kay?

hohoho...ya ya ya..u masak bg dia gemok! erkk, tp jgn bagi dia mkn seafood, jgn bagi dia makan eskrim,dan jgn bg mayo..u bg dia makan ayam ja! ayam masak merah, ayam masak kicap, tomyam ayam, ayam kari, ayam panggang, ayam chop (chicken chop) dan lain lain ayam lagi..hohohoho

dong said...

awat terer ckp kdh
terer masak lak tu
hehehe

Neera Ramdzan said...

memang terer segala-gala! hahaha

takde la... saye tibai aje.
bagi bahasa cina atau korea pun saye bley jalan tau!
annyong haeiyoo, jonen neera yeyo, jonen malaysia sarami yeyo, kam sa hamnida~~!!! ahahah

yes adam! i will. ;)
sure nanti kalau jumpa kamu, nampak adam ingat tomyam, nampak adam ingat tomyam. ahahah

mart gee said...

berayaq truih mulut ni.aduh. kuah dia mcm padu ni! wow pandai masak noo

Darab Dua said...

peh!
kecur air liur gua tgk lu punya tomyam!

Neera Ramdzan said...

haaa... baru hang tau.
resepi ni aku bagi hang bulat-bulat, takdak rahsia2. haha
belaja' la buat.

ya darab dua.. sila2 pergi ke pasar skrg beli bahan! haha
ni baru tomyam, esok lusa spaghetti lamb chop siakap steam. sluurrrppp.. haih. ade harapan jadi gemok nih.

meowdoboblur said...

haha. hey i like ur blog. post la lg resipe simple mcm ni. mesti ramai owg nk tau. i ada request! hehe. wat la carbonara ke! yummy. u tau buat? ajar i! hit me back! :)

Neera Ramdzan said...

hehe thanks!! ;D
esok wat bolognese dulu! later i try carbonara okey? do drop frequently! ;)