Tuesday, July 14, 2009

Ayam Masak Lemak Cili Padi


I've been busy with classes and stuff, but I managed to learn a new menu from mama. And it is obviously a traditional Malay food, which is masak lemak cili padi ;)

First time saya belajar masak, memang tak berapa menjadi. Saya pakai ikan kembung. Kuah jadi masin sikit and my friend thought i added belimbing masam. Padahal asam keping, tu pun setengah je. huhu.. Nak masak tak susah, barang nak pakai pun tak banyak. So here it is...

Hidangan Untuk 6 Orang

Bahan-bahan:
  1. 2 Genggam Cili Api/ Cili Padi (Blend dengan sedikit air)
  2. 3/4 Batang Cili Merah (Blend sekali dengan cili api)
  3. 3/4 Batang Serai
  4. Setengah keping Asam Keping
  5. 2 Cawan Santan
  6. 3 Cawan Air
  7. Setengah Cawan Susu Cair (Kalau kuah tak cukup pekat)
  8. Serbuk Kunyit (Terpulang nak pakai berapa banyak)
  9. Daun Kunyit (Sama seperti di atas)
  10. Garam
  11. Ajinomoto (Sikit je.. Kalau boleh setengah sudu KFC tu je.)
  12. Ayam seekor dipotong 8
  13. Ubi Kentang (beberapa biji) dipotong 4
Cara-cara memasak:
  1. Masukkan Santan, Cili yang telah dikisar, Serai, Asam Keping, dan Air ke dalam periuk. Hidupkan api.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan daun kunyit jugak. (Ikut korang la nak pekat macam mana kaler dia. hehe)
  3. Tunggu sampai menggelegak. Masukkan Garam (Cuba 3/4 sudu KFC dulu), dan aji tadi. Kalau rasa tawar, tambah lagi garam. Aji tak payah. Tambahkan Susu Cair sebagai pengganti (Kalau santan tak cukup) kalau kuah kurang lemak.
  4. Kalau dah rasa sebati, baru masukkan potongan Ayam tadi.
  5. Tunggu sehingga masak. Masukkan kentang pulak. Kita masukkan kentang akhir sekali sebab kalau masak lama-lama nanti lembik/lembut sangat. So masukkan masa last-last sekali. Tunggu sampai menggelegak. Tutup api.
  6. Kalau nak lengkap, masakkan Tauge Goreng ataua apa-apa sayur yang korang suka.
Siap. Senang kan? Cuba la. :)


p/s: I have decided to use 'I' only when speak in English in this blog. Kalau cakap bahasa Melayu guna 'saya' or 'Neera' okay? ;)

5 comments:

ARm Myopia™ said...

haha. ta kesah kot ckp i ke saya. tp ok la jadi tersusun ayat tu. haha

tp bahasa rojak ok what. haha

p/s: sejak bile masak-memasak ni. waaa. best woo masak cili api

shee said...

wahh sedapppp :D

Farra Muneera said...

huiishh dah lama la armmm!

yepp darl! nanti you datang rumah i kite main masak-masak tau! ;D

TheIndividualist said...

yummyyyy :-D

Farra Muneera said...

hehehe =D